Monday, March 10, 2014

Coret-coret #SBBYEOS2014


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Kering idea nak buat mukaddimah. Makanya, aku straight to the point.

Alhamdulillah, ni kali kedua aku berpeluang menghadirkan diri bertemu rakan blogger dari seluruh Malaysia. Punyalah eksaited. Rela kot pakat dengan bloggermates, Mek Cah dan Muja naik belon nak datang event. Nampak tak semangat kat situ?

SBB pada tahun ni meriah dengan kehadiran blogger-blogger yang super awesome dan sangat sporting bertempat di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Seriously, sangat teruja!


Berhastagkan #SBBYEOS2014 #SBB2014 #funderful

aku dapat lihat rakan-rakan blogger siap boleh buat live update dari Saloma Bistro melalui laman-laman sosial terutamanya twitter, instagram dan facebook. Seronok melihat telatah dan gelagat masing-masing.

Rasa terharu bila dapat bersemuka bertemu mata dengan blogger-blogger otai yang sangat aku respect. Mereka humble di alam maya, dan begitu juga mereka humble bila jumpa depan-depan. Serius, salute!

Dalam event ni, ada blogger yang baru first time aku kenal dan jumpa. Ada yang dah kenal kat alam maya then baru first time jumpa depan-depan. Ada juga yang dah kenal kat alam maya, dah jumpa depan-depan, dan berkesempatan jumpa balik dalam event ni.

Tergelak bila teringat balik insiden aku naik pentas dan teka minuman yeos. Boleh pulak dengan selamba aku teka yeos jagung! konfiden pulak tu. Adoilaaaaa... Dah tu, Lal Azmi siap kenakan aku kat atas pentas. Kena denda menari. Dengan muka tebalnya aku hentam keromo je menari. Aduyai. Terus feeling menari macam Siti Nurhaliza. gamaknya gitu laaa. Haha! :p

Walaupun aku takda rezeki nak menang satu pun hadiah cabutan bertuah, aku takda hal.. Seronok tetap seronok. Tu yang penting! Moga ukhwah sesama rakan blogger akan terus erat dan harmoni..

Serius, teringin nak join lagi event-event macam ni.

Kalau ikutkan, banyak benda aku nak cerita. Tapi, confirm takda orang yang sanggup baca kalau entri aku panjang lebar. So, kita ushar gambar-gambar sepanjang majlis #SBBYEOS2014 . Biar caption setiap gambar bercerita pulak! hehe..

Jom!!!


Demam #selfie !!!


Teruja berselfie dengan mereka yang cun!
Dari kiri, Sheda, Muja, Hazanis and Me. :)

Nasib baik ada monopod blogger cantik, Hazanis..
dapat tangkap selfie dengan mereka yang sporting habis!
Dari kiri, Hazanis, Me, Hilal Azmi, Bro Framestone, Ninie.. :)
Wajib selfie dengan blogger otai,
Bro Framestone.
Dapat jugak berselfie dengan blogger suka pink ni,
Cik Uzu aka Emas Putih.. :)
Cc gambar dari Kak Cah..
Dari kiri, Kak Qaseh, Kak Sue, Me, Kak Cah ( Hazanis), Kak Muja, Kak Mieza
Ninie, Me, Hazanis.. 
Kat luar pun bolehhh!
Kak Muja, Kak Cah, Me, Ninie, Bro, Khai Artzfar
Mereka semua awesome!

Lensa #SBBYEOS2014 

Banner SBB 2014

Background baik punya!

Dapat peluang bergambar dengan mereka!
Gumbiraaa...
Elia Jejariruncing, Pen Merah, Norfanil

Mereka dah maju ke depan..
InshaAllah yuyu atiqa menyusul. ameen... :D

Thanks Boni Kacak sebab sudi insta video dengan yuyu atiqa. :)
Gambar bersama founder amanz.my
Bro Aman Firdaus.
Serius, at first takut nak minta izin bergambar.
Ternyata, beliau sangat cool ! heee

Kenangan bersama Ninie yang sangat comel..
Tiqa tak dapat link ke blog ninie..
ninie private blog.. nanti public ya..

Geng KBBA..
Kiri, Abang Najeeb, Kak Qaseh, Kak Sue, Kak Mieza 

Ni gambar formal bersama Bro Framestone.
Sorry bro, tak dapat sorok aset kat depan tu.
Okay apa! Heeeee

Bersama blogger, Nizam Ijam.
Mula-mula ingat mamat ni poyo. Tak berani nak menyapa.
Rupanya bila dah sapa, friendly jugak rupanya..
Blogger retis ni oittt ! hehe
Thanks Ijam sudi insta video dengan yuyu atiqa.
ala carte !!!

Bersama blogger, Tengku Syukri.
Seronok berbual dengan Syukri kat event, tup tup dapat berita pada malamnya, Syukri eksiden.
Terkejut. Alhamdulillah, nasib baik dapat berita susulan yang Syukri okay.
Get well soon, bro! 

Saya sayang mereka berdua!
Tanpa mereka, mungkin yuyu atiqa tak dapat menghadirkan diri di SBB2014.
Thank you so much for everything, Kak Cah and Kak Muja!
Memey Suhaiza sangatlah flawless!
Tinggi lampai, langsing,  putih!
Beliau cantik sangat. Serius!
nampak gayanya, yuyu atiqa kena try consume ephyra nih!
erkk..... 
Geng KBBA Pantai Timur,
Kak Qaseh dan Kak Sue yang sweet.
Sayang mereka! 

Candid #SBBYEOS2014


Nampak tak pendekar berkuda enterframe kat situ!
haha.. 

Gambar diwhatsapp oleh pendekar berkuda.
Natural candid katanya!
Thank you! :D

Whatsapp dari Kak Sue..
thanks kak sue.. :)

Last but not least....


Antara blogger card yang aku dapat masa event..
Alhamdulillah..
keepin touch ya semua!
Okay dah.

Terima kasih sangat-sangat pada team denaihati yang bertungkus lumus buat segalanya untuk #SBB2014. Terima kasih pada semua sponsors..

Terima kasih semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan event Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. InshaAllah, ada rezeki, boleh jumpa tahun depan. Ameen..

Till then, take care semua!

Wassalam.. :)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

55 comments:

  1. salam kenalan eh...segan nak tegur-tegur haritu...baru first time nampak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang! heee..
      itula pasal.. segan je nak tegur. :D

      Delete
  2. Tak de blogger kad nak bagi... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. takpa.
      tetap keepin touch di alam maya! :D

      Delete
  3. Rasa macam baru semalam je join event #SBB2014 ni kan...sememangnya kali ni lebih meriah...lagi ramai blogger yang belum pernah berjumpa...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul !
      teruja dapat jumpa blogger-blogger yang banyak pengalaman dalam bidang blogging ni.
      Harap ukhwah kekal berpanjangan! ameen. :)

      Delete
  4. wah menariknya gambar semua. gambar saya takde punn. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..
      dah orang tu tak sudi bergambar dengan kita!
      uwaaa..... haha.. :p

      Delete
  5. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen.
      moga dipermudahkan urusan semua pihak dalam misi ni.
      thanks singgah kak syira! :)

      Delete
  6. Untungla banyak gambar .... orang lawa semua nak bergambar ..sob sob sob ... nak paste la gambar kat mana2 ...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo.. sobs sobs..
      mohon share gambar bersama bro HH walaupun ada photobomb oleh mawardi. huhu

      Delete
  7. ooo ini la blogge yg kene denda menari atas pentas tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakk..
      Kenapakah insiden itu yang diingat? haha..

      Delete
  8. Wah...panjang jugak entri dia...
    Tak tahu la nak tulis panjang ke nak tulis pendek?

    Tak sangka pulak blogger yuyuatiqa ni tinggi rupanya... bro framestone pun kalah.. haha..

    Gambar dengan khairul asrol rasanya ada dalam hp hazanis.. dalam kamera saya pun ada.. nak tak? Huhaha...

    RAsa macam kejap je event tu habis.. tak puas..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!
      panjangnya komen PB !
      tinggi erk? taklah.. sama tinggi dengan memey suhaiza je. hehehe..
      nanti share gambar ek! boleh??

      kejap je kan event.
      haha.. mana nak puas, PB siap sempat tertarik kat sorang blogger kat situ..
      masih tinggal tanda tanya nihh.. hahaha.. :p


      Delete
  9. Owwhh.... ni la mek yang kecek luar dengan Boni Kacak aritu.... tapi tima kasih yea sebab tegur dan sempat berborak aritu yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee... abang man ore kelate ko??
      aiyoo... tima kasih sudi berbual.
      terharu dapat berkongsi dengan blogger otai ! :D

      Delete
  10. akak... nak yeos jagung!!!! :) till we meet again sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! meh meh nak belanja yeos jagung!
      haha.. InshaAllah.. ada rezeki jumpa lagi.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. Hehe... seronok. sporting diorang ni semua! :D

      Delete
  12. salam adik manis. selamat berkenalan, tak sempat berkenalan di SBB aritu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro azwan..
      selamat kenalan.. itulaa..
      tak sempat nak borak dengan semua..
      InshaAllah, jumpa next event kalau ada rezeki ! :)

      Delete
  13. wahh meriahnya.. ^_^ retis semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik !
      haha.. owner blog Aku Penghibur tu sebenarnya yang retiss! :3

      Delete
  14. kamu cantik sngat omey sngat hehehehe

    ReplyDelete
  15. Tak ada pun gambar ngn ittewww.. sob sob sob...huuuuuuuuuuuuuu apapun, nice to meet you yunk.. aaauummmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai duk queue nak bergambar ngan ainaa...
      kita mampu tengok je..
      sobs sobs....

      ainaa lawa !

      Delete
    2. ena busy gn mukmin je memang laa. keh3

      Delete
  16. wah, menariknya event. lain kalin maklumlah pd saya. teringin nk dpt inspirasi dan lebarkan sayap sinergi bersama2 blogger yg lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah, asri...
      maaf sangat...
      haritu nampak macam awak tengah sibuk dengan program kolej awak, tu yang tak terfikir langsung.. maaf. InshaAllah, next time will let you know.. :'(

      Delete
  17. Best ek SBB2014 nie, zumal pun teringin join lagi kalau ada event sebegini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp! InshaAllah, ada rezeki kita join lagi ya, abang zumal ! :)

      Delete
  18. niniey private kejap hri tuu blog. dh public kan dh.hehe
    http://ninieykamarudin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. ooo... ni laa blogger yeo's jagung tu ek.. kena denda menari. hehe..

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!
      erkk...
      blogger yeos???!
      pun bolehh... :D

      Delete
  20. salam kenal yuyu.saya baru tahu yang teka minuman jangung tu eh hee..sungguh kelakar.biasalah bila dah cuak kita hentam keromo sahaja.btw nicw pic yuyu..

    saya tak sempat nak tangkap pic best terutama dengan duta2 sponser sbb uhuk..btw tengok ramai yang serius enjoykan.harapa akan datang kita tak akan lepaskan pelung ini lagi.

    terima kasih sebab sudi masuk komen di belog cahayacinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak suri !
      itulah kan...
      meriah!
      hope dapat jumpa lagi! :)

      Delete
  21. meriahnya kan?

    kitorang balik terus lepas SBB selesai..kesian kat anak tumpang umah jiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh gitu..
      kesian si kecik kena tinggal..
      jumpa lagi ya! :)

      Delete
  22. Replies
    1. alahai...
      abang rasul sibuk duk amik gambor!
      tu yang tak sempat bergambar sesama.
      ampun..

      next event, kita bergambar bebanyak ya!
      InshaAllah.. :D

      Delete
  23. Oh ini gadis yang cantik golek atas pentas tu kan :) Salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayyark!

      golek atas pentas?
      mana ada golek laaa!
      haiyyaaa..... -_-''

      Delete
  24. Ruginya tak dtg SBB tu, tidak boleh bgambar dgn Yuyu

    ReplyDelete
  25. hehehe. betul-betul mengimbas kenangan lama ni.. rindu pulak tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn... tahun ni punya SBB lain cerita.. :D

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^