Tuesday, December 24, 2013

Umi's Little Princess.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Semalam ingat nak update entry, tapi internet pulak buat hal. So, terpaksa postponed ke hari ni.
 Okay, sambungan dari previous entry, an emergency moment accompanying umi . Entri kali ni nak tunjuk gambar little princess!

Umi still kat dalam wad. Maybe lusa baru boleh keluar. Sabar ya umi..

Semalam, kepala umi still sakit. Hari ni pun sama. Cuma better sikit dari semalam. Hopefully, umi akan baik-baik saja. Baby pun nampak macam okay. Cuma bayi, biasalah kan.. Bila lapar, merengeklah dia nak menyusu.. Hee. Normal la tu. Kita masa baru lahir dulu pun macam tu lah jugak. :)

Let's take a look at the pictures!

Yesterday's pictures.
Automatik teebit naluri keibuan..

Diva's.. cehhh.. hehehe

Today's picture!

Ramai jugak ibu-ibu bersalin hujung tahun ni. hehe..
Eksaited nak tunggu anak sedara tahun depan..

Jumpa dalam next entry!

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, December 22, 2013

An emergency moment accompanying ummi.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Kabel dah okay. Internet dah dapat balik. Alhamdulillah.

Petang semalam ummi admitted to emergency ward sebab darah tinggi. Lebih kurang 3 jam kat wad kecemasan, baru transfer ke Hospital Kuala Krai.

Buat kali pertama, aku naik ambulans. Temankan umi. Dapat lihat kesakitan ummi dari cara ummi genggam tangan aku dalam ambulans. Aku yakin ummi dan baby kuat. Mulut tak putus-putus lafazkan kalam Allah.

Sampai Hospital Kuala Krai pukul 9 lebih. Lama jugak ummi kat unit kelahiran. Aku tunggu kat ruang menunggu kat luar. Lama jugak nak tunggu abi sampai.

Dalam pukul 10 lebih, bonda datang untuk tengok keadaan umi sambil fetch aku. Dalam pukul 1 pagi umi masuk OT. Abi cakap dalam 2 jam jugak kat situ.

Alhamdulillah, pukul 3.32 pagi, abi mesej semuanya selamat. Ummi dan baby okay. A sweet little princess was born. Syukur. Sekarang, umi masih dalam labour room. Maybe esok baru dimasukkan ke wad. So, esok pagi baru aku boleh temankan ummi kat wad.


Emergency moment.



Such a priceless experience. Segala rasa berkecamuk dalam diri. Time tu, hanya satu yang aku fikir, moga Allah lindungi ummi dan baby.

Cuma semalam masa dalam ambulans, aku agak terkilan dengan segelintir pemandu atas jalan raya. Dah dengar siren ambulans, langsung tak ada empati untuk bagi laluan kat ambulans. Buat tak tahu je. Ya Allah... sakitnya hati.. Terkilan sangat.

Cuba banyangkan kalau sedara mara kita yang ada dalam ambulans tu, mesti kita nak cepat-cepat sampai ke hospital. Pastinya, kita harapkan pemandu lain dapat beri kerjasama dengan berikan laluan untuk ambulans kan? hmm..

Please be alert kalau bunyi ambulans ke, st. john ambulance ke, van kecemasan Jabatan Pertahanan Awam ke..

kalau tengah drive, dengar siren kecemasan macam ni, tolong lah bagi laluan..
Cuba cakna sikit. Hmm..

Erk. membebel pulak aku. adoii.

InshaAllah, esok akan temankan ummi. Next entry, mungkin gambar baby! heee..

Till then, wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, December 19, 2013

Kabel kena curi.


Buat beberapa ketika ni..
Aku tak boleh nak update blog.
Sebab kabel internet rumah aku kena curi.
sadis!

Balik dari Kolumpo, tak dapat online dan update blog. urgh.
siksa jiwa raga aku. sabar.........

entry ni, aku update kat cyber cafe.
haha. ni pun sebab aku nak kena emelkan urgent file kat cikgu aku.
perghh.

moga keadaan ini cuma seketika.

rindu nak update blog wehhh!

Aku nak kena gerak.
Pape hal, leave comment atau roger kat emel.

InshaAllah, aku baca secepat mungkin.

Till then, wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, December 16, 2013

blogrrr's event - Blogger Most Wanted!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hello semua. beberapa hari aku menghilang tak update blog. Aku kat kolumpo sekarang. Almost seminggu dah aku kat sini. At first, datang sebab nak hadiri event Blogrrr ni ha. Pergh. Sanggup datang sini dari Kelantan untuk event ni. Semangat tak? Haha.

Okay. 14hb which was last 2 days, aku ditemani sepupu-sepupuku yang ohsem tahap infinity, gerak ke The Mines. Setibanya di perkarangan parking lot kat The Mines tu, serius, banyak bebenor kereta. Sepupu aku, Farahani cakap, ni lah salah satu sebab kenapa dia tak suka datang The Mines. Orang ramai wooo. Hampir sejam kot, kami duk cari parking hari tu.

Tup tup dah tengah hari. So, dapat parking, kami pusing-pusing duk cari lokasi event, MIECC. Finally, tanya workers kat situ, dia bagi direction, nasib baik jumpa jugak!

So, aku pergi event tu while cousins aku pulak merewang-rewang dalam The Mines tu sebab diorang malas nak masuk event tu sama. hehe.. Masuk event, aku pergi daftar then cari Nisa. Lepak dengan Nisa kejap before Nisa proceed dengan talk dia pukul 3.

Pasal cousins aku, diorang decide nak tengok movie. Diorang belikan aku tiket jugak. Movie pukul 2.45 petang. So, aku dari event blogger tu, rushing punya rushing berlari (time ni memang serius feeling jadi Ji Hyo dalam running man) nak tengok movie tu ha. Sekali, tunggu punya tunggu, aiyoo.. belum ending lagi cerita dia. Tak sudah-sudah. Ada lagi laa sambungan dia dalam next movie. Menyesal pulak beli tiket tengok movie nih. aishh..

Habis je movie, aku gerak masuk event balik. Tengok, Nisa duk cakap-cakap kat atas pentas.
Tunggu Nisa habis, then jumpa kejap. Kemudian, aku join bro framestone, abang Fuad dan Zila, rakan dari booth tonton masuk Big Bad Wolf ushar buku.

Okaylah. ushar gambar.

Banner event.

cousins.
Daniel, Firdaus, Aiman, Aisya.

Cousin, my driver of the day, Farahani. :)

Kaunter pendaftaran

Bersama team Virtual Malaysia.
jom travel !

Bersama team tonton.

Iqram Dinzly tengah handle satu slot.

Bro Framestone vs Nisa Kay

Dengan Nisa, haruslah kemhorr.
tak gitu? haha

Outfit Of The Day
love the pastel colour!
#OOTD

Nisa was on the stage.

jeng jeng jeng...

main stage. 

Bersama Bro Framestone.

Tadi kemhorr, sekarang formal sikit depan booth Nisa.
fsyn_my

orang dah biasa photoshoot.
Nisa ohh nisa... haha

one of the booth kat event, warna closet


Hari yang memenatkan tetapi gembira. Alhamdulillah, Allah permudahkan. :)
Still, aku bersyukur dapat pengalaman join event besar macam ni, walaupun belum dapat peluang jumpa idola aku. WeChat dia, dia cakap dia balik kampung. Takpa lah, mungkin lain kali boleh jumpa.

Okay. Stop sini dulu. Jumpa dalam next entry.

Anyonggg.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, December 5, 2013

Dear Hazanis..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pertama kali bertentang mata masa iftar blogger Kelantan tahun 2012. Kemudian, jadi rapat. Silaturahim makin erat melalui blog dan facebook. Makin rapat bila kerap kali 'dating' time aku pergi Kota Bharu.

Tuan punya badan sangatlah kecil molek dan cantik. Muda-muda lagi dah siap ada bisnes sendiri, Hazanis Fashion. Lagi bertambah respect aku sama dia. Kalian jangan lupa like page bisnes dia tau. Baju cantik-cantik! Terbaikkk.

Ohh yaa...
Bila tengok dalam external hard disk, banyak jugak rupanya gambar kami bersama. Hehe..


Iftar Blogger
entri INI
Blogger Event
Entri INI

A short time together.
Entri INI

KB Mall
Entri INI
Luang-luangkan masa kalian untuk jengah blog super duper cute kakak comel ni ya. :)


Dear Kak Cah,

I wish you a delightful 24th birthday!
May Allah bless you with a spectacular health, wealth and success in your life.
Hope you share a lots and receive a lots for days to come!
Love you sister!

Happy Birthday!!!

With love,
Dik Yuyu.. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, December 3, 2013

Utamakan Cinta Allah dan Rasul


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pagi selasa, 3 Disember 2013. Hujan masih membasahi bumi Machang. Alhamdulillah. Bangun tidur. Alhamdulillah hillazi ahyana ba'da ma ama tana wa ilai hinnusyur. Alhamdulillah. Aku masih bernyawa. Syukur.

Sebelum tidur semalam, aku ada baca buku sementara tunggu mata lelap. Tajuk buku tu, 100 pesanan terakhir Rasulullah S.A.W ditulis oleh Muhd. Nasruddin Dasuki. Ada satu bahagian yang buat aku tertarik untuk bercerita dan berkongsi kat sini.

Kita manusia biasa. Setiap dari kita mesti Allah selitkan rasa cinta pada hati dan jiwa kan? Bagaimana rupa cinta itu? Bila sebut cinta.. Apa yang terlintas di minda kita? Cinta pada siapa? Diri sendiri? Kawan? Keluarga? Kekasih? Mungkin ada yang pernah bertanya, pernah tak terdetik dalam hati, kita cinta Allah dan Rasul. Pernah tak? Kalau pernah, sebut Alhamdulillah. syukur.

Islam agama kita. Pastinya kita jugak nak jadi hamba Allah yang beriman kan? Manusia yang beriman selalu diingatkan untuk letakkan agama di tempat tertinggi berbanding perkara lain. Bila kita letakkan Islam di tempat tertinggi, pastinya kita wajib dahulukan perintah Allah dan Rasul.





Allah ingatkan hambaNya dalam surah at-Taubah : 24,
kalau kita lebih utamakan cinta pada bapa, ibu, keluarga, kekasih, harta, perniagaan, tempat tinggal, kedudukan, sesiapa sahaja mahupun apa sahaja melebihi cinta kita pada Allah dan Rasul, maka Allah akan turunkan seksaan yang pedih pada mereka sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Allahu rabbi.. Adakah kita sanggup melihat mereka yang kita sayangi diseksa kerana kita? Aku tak sanggup Allah seksa orang-orang yang ak sayangi. Lindungi mereka yang aku sayangi, Ya Allah.. Maka, aku serahkan cintaku pada Allah dan Rasulku. Kemudian kecintaanku pada mereka yang ku sayangi. Moga mereka yang ku sayang akan sentiasa dilindungi dan diredhai Allah kerana kecintaan yang sebenar-benarnya diletakkan padaNya.

Cinta Allah dan Rasul bukan sekadar kata-kata tetapi wajib kita patuhi segala yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.




Bagaimana nak cinta Allah dan Rasul?

Praktikkan cara hidup Rasulullah dari segala sudut termasuk ibadah, akhlak dan kehidupan seharian baginda. Lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bunyinya senang kan? Cuma hakikatnya begitu banyak onak dan duri untuk ditempuh. Ujian demi ujian. Ingat.. Allah uji sebab Dia sayang kita. Maka bertabahlah. Serahkan padaNya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin padaNya.  :')

Rasulullah S.A.W bersabda,
Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-

Ayuh sahabat, kita buktikan cinta kita pada Allah dan Rasul. Ayuh gapai cinta dan redha Allah dunia akhirat. Pastikan cinta itu cinta yang hakiki dan bukan sekadar ungkapan cinta semata-mata. Moga Allah dan Rasul akan bersama dengan insan-insan yang kita kasihi.

Maaf jika ada silap dan salah. Moga bermanfaat.
Till then.

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, November 28, 2013

Sisters Day Out


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Something about today.
Tengah hari tadi, dalam aku duk baring-baring atas katil sambil layan THR Gegar, kakak aku ajak keluar jenjalan. Aku ingatkan dia bergurau. So, layan tak layan sangat laa kan. Tup tup, sekali lagi adik aku bukak pintu bilik cakap, pukul 2 petang siap-siap kalau nak ikut pergi jalan. So, aku siap-siap then capai mana-mana baju, seluar, shawl yang tak perlu digosok. Around 2.30 petang, kami gerak pergi Tanah Merah.

Awan cantik.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Love mother nature. :)

Camwhore dengan Zara dalam kereta.
Heee.. wajib! :D

Look at this little girl.
Haihh.. :)
Introducing my younger sister, Asma. :)

First destination, Pantai Timur Hypermarket. Lama betul aku tak pergi sana. Last aku ke sana, masa aku form 2 rasanya. Haha. Lama tuu! Hehe.. So, pusing punya pusing, ushar itu ini, last-last aku cuma berkenan kat stokin. Comel weh. Hee. Menambah koleksi. Pun boleh!


Ni stokin yang aku beli kat Pantai Timur tadi.
Comel kan? Plus murah!
RM5.90 - 3 pasang

Second destination, sebelah Pantai Timur je pun. Pusat Pakaian Hari-hari. Cuba sebut tagline dia..

"Marilah pergi Hari-hari !"

Workers dia semuanya bagus. Mesra! Banyak jugak shopping kat situ. Kakak aku belanja adik aku blouse. Haha. Aku? beli t-shirt. Tapi, rasa macam kecil la pulak saiznya. Hurm.


#OOTD
Me featuring Zara.
Haihh. tak duduk diam budak tu. Aiyoo..

Settle shopping, singgah isi perut kat Restoran EdDe kat bandar baru Tanah Merah. Selalu jugak aku makan kat situ. Makanan dia boleh tahan memuaskan. Cuma tang kena menunggu tu.. tak best sikit. Ambil masa sangat. Aku pesan mi tomyam sebab dia punya tomyam sedap! Adik aku pesan nasi goreng, kakak aku pesan chicken chop. Zara pulak makan fries. Harga makanan kat situ reasonable. Nanti lain kali aku buat review pasal restoran tu k.


Logo restoran tu.
Aku capture dekat dia punya menu je.
Heee.. 

Aku punya tomyam tadi.
Apa macam? Ada terliur tak?
heee.. :D


Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati !

Alhamdulillah. kenyang makan, gerak balik rumah.

Good time together with sisters and Zara my niece.

Till then!

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, November 26, 2013

Wedding Invitation


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Before final exam hari tu, cikgu Baiti mesej aku ajak datang rumah dia 26 November. Aku reply.. Cikgu nak kawin dah ya?? At first, aku acah je.  Hehe. Rupanya betul. Wedding invitation. Alhamdulillah. So, today is her big day. Tahniah cikgu... :)

Awalnya, aku nak ajak mak temankan aku. Tak sangka pulak mak pun ada wedding invitation. Ajak Sofea, ada urusan. Ajak orang tu, ajak orang ni.. tak ada sorang pun free. Haihh. Nak tak nak, terpaksa aku pergi sorang-sorang.

Sampai je, aku naik ke rumah dulu jumpa cikgu. Cikgu tengah bersiap then aku turun pergi makan dulu. Sempat la jugak amik gambar pelamin dengan hantaran. Tak lupa kemhorrr sendirian berhad. hoho

Pelamin simple. Nice. :)

Hantaran pihak perempuan.

Hantaran pihak lelaki.

Takda motif. Kemhorrr. Heee

Lepas siap makan, jumpa lagi sorang cikgu aku yang baru lepas bersalin tengah tahun hari tu. Disebabkan aku dah siap makan, aku pun tolong pegangkan baby cikgu aku tu ha.
Perghh. Makcik-makcik yang duk makan keliling kelalang tu pandang pelik je kat aku. Mana taknya, dukung bayi kecil, sorang-sorang. Mesti dalam kepala diorang, budak ni datang sorang ni. Laki dia tak datang sama ni.. Haha. takdalah. gurau. Husnuzon! hehe

Rasa macam taraf mak-mak je bila dukung bayi. Haha. Ramai jugak yang salah faham tadi. Ingat baby tu anak aku. Haha. Tua bebenor laaa kot muka aku ni. Sabar jelah.

So, sambil dukung bayi, aku naik atas berbual dengan pengantin. Pergh. Haha. Kawan-kawan cikgu yang tengah khusyuk berbual dengan cikgu pun ingat aku kawin usia muda sebab bawak anak. Aiyooo. Nasiblaa.

So, before balik, aku bergambar dengan cikgu. Dalam sejam jugak kot aku spend time kat situ. Heee.
Ondewei balik, aku singgah ambil beg yang aku beli online hari tu kat pos laju. Nanti aku cerita dalam entri lain.


With cikgu Baiti.
p/s : bila aku dukung bayi, terus nampak macam mak-mak kan?
sobs sobs...

Till then.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, November 25, 2013

Good Time Together


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Semalam punya cerita.
Aku ke Kota Bharu dengan Lyn, Asyraf dan Syahril. Asyraf drive. Dah janji beberapa hari lepas nak pergi Kota Bharu melawat ayah taifor (kaunselor kami) yang admitted to HUSM. Aku ada ceritakan pasal ayah dalam entri ni : Ziarah . Pukul 5 baru boleh melawat, so kami ke KB Mall dulu kejap.

Alang-alang ada kat KB, aku contact sahabat blogger, Hazanis ajak jumpa sebab haritu kak Cah nak tempah princess dress cutting dengan tailor aku. Lagipun, aku pun ada beli barang dengan Kak Cah. Nanti lain entri aku buat review. Heeee..

Sedang elok sampai kat KB Mall, azan Asar berkumandang. Disebabkan KB Mall tengah banyak renovation, aku dengan Lyn duk sesat pusing-pusing cari surau dalam KB Mall tu haa. Aiyoo. Last-last, kami pergi tanya pak guard kat parking lot, dia bagi direction. Baru jumpa! Hoho

Lepas solat, tunggu kak Cah. Dia lambat sikit sebab ada urusan nak kena settle dulu. Jadi kami pusing-pusing dulu dalam KB Mall tu. Disebabkan aku ni suka Heliza, tak sah kalau tak beli cool blog. hee.. So, decide untuk basahkan tekak dengan cool blog. Feveret aku, Cappuchino. Heee


Lyn punya coklat, aku cappuchino.
 
Pusing punya pusing, rasa lenguh dah kaki. So, duduk kat bench tepi Guardian aras 1, aku mesej kak Cah untuk tunggu kak Cah kat situ. Si Asyraf dengan Syahril sabar je mengikut aku dengan Lyn. Bagus betul.

Yang tersengih kat sebelah aku tu Asyraf dengan Syahril.
Tudung sama. Haha. 

Lyn peneman setia. :)
Akhirnya jumpa jugak dengan kak Cah. Kak Rara pun ada sama! Heee.. Lama betul tak jumpa kak Rara. Last jumpa masa Iftar Blogger Kelantan tahun lepas. Kecil molek je sahabat-sahabat blogger aku. Aku ni je yang makin melebar. Aiyoo.


Sahabat bloggerku yang kecil molek,
Kak Cah dan Kak Rara.

Kami. :)

Lepas settle urusan dengan kak Cah, kami bergegas ke HUSM. Nak cepat punya pasal, boleh pulak sesat jalan. Alhamdulillah, akhirnya sampai HUSM. Alhamdulillah, mudah dapat parking. Bergegas naik ke wad intan surgeri lelaki untuk lawat ayah. That time, ayah nampak penat banyak berbanding dengan aku tengok keadaan ayah masa kat hospital Machang bulan lepas. Tumor dah serang kepala.

Aku minta kalian doakan ayah dikuatkan untuk hadapi ujian ni. Terima kasih, aku hargai sangat. Hanya Allah balas kebaikan kalian.

Rindu nak tengok ayah yang ceria macam dulu. Rindu nak dengar banyak lagi perkongsian daripada ayah. Allah.. kuatkanlah ayah. Aku dah anggap ayah macam ayah aku sendiri. Beliau dah banyak bantu aku. Sangat rindu gelagat ayah.

Lepas lawat ayah, kami solat maghrib kat surau HUSM. Selesai solat, kami bertolak balik ke Machang. Lagi sekali sesat jalan. Salah aku. Silap bagi direction. Kesian Asyraf. Si Syahril pun confused sama. Nasib baik tak sampai ke Bachok. Cari punya cari, jumpa jalan menghala ke Machang.

Perjalanan balik, azan Isyak berkumandang. Kami stop solat kejap kat salah satu masjid yang ada kat tepi jalan. Alhamdulillah, masjid tu selesa sangat. Lupa pulak nak tengok nama masjid. Selesai solat, lega. Then, gerak pulang ke Machang. Masing-masing lapar. Singgah makan kejap kat Kok Lanas. Aku makan tomyam. Asyraf, Syahril dengan Lyn makan nasi goreng sotong, udang, ketam. Kenyang perut. Alhamdulillah.

Hantar Lyn kat Labok then hantar Syahril last hantar aku. Kesian Asyraf. Sanggup drive walaupun kaki sakit. We owed him.


Till then.

wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, November 22, 2013

Bubur Asyura


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hai semua. First of all, sorry sebab entri kali ni bukan entri pasal katering. Macam takda mood je nak update pasal katering. haha. Hari ni, Jumaat, 22 November. Aktiviti hari ni ialah gotong-royong kacau bubur asyura. Hehe. Mak's idea. Dari haritu lagi mak nak buat bubur asyura. So, alhamdulillah. Today is the day.

Dua buah kawah digunakan untuk kacau bubur asyura. Start pukul 8.30 pagi. Kakitangan yang datang gotong-royong terdiri daripada family terdekat, jiran belakang depan kiri kanan rumah aku then kawan-kawan rapat aku.

Seronok bila adakan event macam ni. Bak kata mak long aku, mengeratkan ukhwah silaturahim. Aku tak lepaskan peluang kacau sama. Tapi sekejap-sekejap je aku kacau bubur asyura tu. Awal-awal memang ringan. Sebelah petang, bila dah masuk bahan-bahan wajib dalam kawah tu, huh! Berat betol nak mengacaunya. Haha.

Lebih kurang pukul 5 petang, bubur asyura dalam kedua-dua kawah dah masak. Dah boleh letak dalam bekas. Dah boleh makan! Alhamdulillah..

Satu pengalaman yang menyeronokkan. Bermula dari nak cubit daging sampai jadi halus sampailah siap bubur asyura. Bukan senang tau. Ha. Tabik sama golongan veteran. hehe.. :D

Jom ushar gambar.


Kawan-kawan rapat : Fawwaz, Safwan, Ismail..

Mael Lambong posing sambil kacau bubur asyura. :D

Dua buah kawah.
Meriah! :D

Tetap jadi babysitter.
Si Zara tengah minum susu. :)

Macam fight jee.. hehe
Left : Fawwaz Right : Safwan
Yang duduk baju putih tu, abang ipar aku, Sayuti.
Yang duduk baju oren tu, abang aku, Isyam.

Saiful vs aku.
Haha!

Silau.

Ayah in action! haha

Peace yoww!

Last but not least,
Zara say Hi, readers! meh meh.. :D

Okaylah, kalian. Aku stop sini dulu. Tangan kebas. Since semalam lagi ni. Nak berurut kejap. Mak cakap, kalau still kebas, kena pergi klinik. Takut sakit lama datang balik. Check tekanan darah tadi, rendah. Bawah 50. Hmm. Mungkin sebab penat sangat kot.

Apa-apa pun, hari yang ceria dan damai. Syukur, Alhamdulillah.

See you later.

Anyonggg! :D

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥