Monday, January 22, 2018

Sleeping baby


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Hai gais. 

Aku baru lepas tidurkan anak menakan aku, Marissa.
Decide nak sambung marathon drama Hong Kong The Fox's Summer.

Belum sampai separuh jalan layan episod empat, aku toleh Marissa kat sebelah, elok-elok dia tidur mengiring tadi, tengok-tengok dah tukar posisi menonggeng. Haha

Terus aku teringat kat post Aiman Azlan recently tentang anak beliau tidur menonggeng ni jugak. If I'm not mistaken, beliau ada mention mungkin ni posisi tidur kegemaran bayi agaknya.

Sebab curious, gigih aku google parenting website untuk tahu posisi tidur menonggeng ni elok ke tidak sebenarnya untuk bayi. Well, kalau dah google, faham-faham sendiri lah kan..

Punyalah banyak website yang keluar tapi aku tertarik dengan info daripada website drypers.com.my yang cakap, bayi ni sebenarnya melalui fasa tidur yang berbeza sepanjang mereka tidur sebab tu ada masa kita nampak dia tidur nyenyak dan ada masa kita tengok dia bergerak-gerak macam tak selesa tidur. Sebenarnya, waktu tu proses perkembangan bayi sedang berlaku.

Bukan tu saja, rutin tidur bayi akan turut berubah bila usia mereka semakin meningkat. 

Berbalik kepada posisi tidur yang baik untuk bayi, website tu jugak cakap yang posisi tidur yang paling baik untuk bayi ialah tidur secara menelentang. Namun, sekiranya bayi sudah boleh berpusing, maka boleh biarkan bayi tidur dalam mana-mana posisi yang dia mahu tetapi haruslah sentiasa dalam pemantauan penjaga untuk elakkan perkara yang tak diingini misalnya muka bayi terpekup ke tilam, bayi jatuh katil dan sebagainya.


Jadi, tak hairan lah kalau Marissa tidur menonggeng since Marissa dah masuk fasa usia setahun, pergerakan pun semakin aktif sebab Marissa dah dapat kaki.

Kalau kalian nak tahu in details tentang tabiat tidur bayi, kalian boleh baca kat link bawah ni :



Woahh.. Menarik sungguh jaga bayi ni. You will learn something new every single day from them. Hahaha. Sindrom mak-mak sangat, Atiqah!
Okaylah. Jangan kalian pulak yang tidur menonggeng naaa..
Aku stop sini dulu, nak sambung layan The Fox's Summer sebelum Marissa bangun.

Inshaallah, jumpa dalam next post.

Lots of love,
Yuyu Atiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Silent stalker


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

To be honest, waktu aku menaip ni sebenarnya aku tengah marathon layan cerita hong kong, The Fox's Summer. Alang-alang dah imsomnia, baik aku tambahkan lagi dark circle dengan eye bag yang dah macam panda ni kan.

Dalam duk layan movie, tiba-tiba perkataan 'silent stalker' terlintas di minda. Sebenarnya, aku teringat seseorang yang beribu batu jauh dari Malaysia, kemudian barulah terlintas perkataan 'silent stalker' tu. (Kenapa aku rasa aku menaip skema sangat ni? Err.. Apa-apa jelah)

Anyway,

Aku dah tak ingat bila kali pertama aku tahu maksud perkataan 'stalk' ni..
Apa yang aku tahu dan apa yang aku harap no ones will get wrong with this word and with this post as well. 

Aku taip tentang perkataan ini pun mengikut kefahaman aku la. Kalau salah, mohon betulkan aku secara berhemah ya. If in case ada yang singgah baca post ni. 

Gais, salah ke stalk seseorang?

Salah ke kalau jadi stalker?

Apa yang jadi penyebab kita nak stalk seseorang? 

Lain orang, lain pendapat lain sebab lain musabab.

Bagi aku,

It is okay to stalk someone unless you have bad intentions towards that person lah kan, nauzubillah min zalik.

Untuk aku mudah. Selagi apa yang aku stalk tu boleh dorong aku untuk fikir, cakap, bertindak dan hidup ke arah yang lebih baik, I am okay with it. Tapi, kalau sebaliknya, memang aku walk away lah. Buat apa nak stalk someone or something that can bring you down tak pun can be harmful to someone, isn't it? 

Well, I admit, I am a silent stalker, in a good version okay! Aku stalk sekadar stalk tak adalah sampai sanggup jadi psychopath ke apa ke.. Apa-apapun, beware and let's hope no one will get hurt. Acah creepy sungguh kamu. Atiqah! K, sangat hambar di situ.

K dah. Nak sambung layan The Fox's Summer.

Till I write on my next post then.

Lots of love,
Yuyu atiqa 



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥